Prinsip & Strategi Bebas Kewangan
Hai & Apa Khabar pembaca semua,
Ramai di antara kita hari ini hadapi masalah ‘Tiada Duit’… Tambahan lagi pada musim perayaan. Betul Tak?
Beberapa hari lagi Syawal bakal menjelma. Ketika ini
orang ramai sedang bersiap sedia membuat persiapan untuk menyambut Hari
Raya Aidilfitri.
Sudah pasti banyaknya keperluan dan kemahuan Hari
Raya perlu dibelanjakan. Biasanya selepas perayaan barulah ada di antara
kita yang ‘tersedar’ bahawa perbelanjaan kita sepanjang musim perayaan
adalah benar-benar di luar kemampuan kita
!
Saya percaya, jika ditanya kepada semua, sudah pasti
kita semua inginkan FINANCIAL SECURITY dalam sistem kewangan peribadi
kita. Sebabnya hanyalah satu iaitu supaya urusan kehidupan kita
sekeluarga berada dalam keadaan ‘secure’, dan dalam pada masa yang sama
kita juga menanam impian untuk mencapai KEBEBASAN KEWANGAN atau
FINANCIAL FREEDOM.
Untuk mencapai semua ini, kita perlukan:
a) Pemahaman mengenai prinsip-prinsip pendapatan, aset dan ‘cashflow’;
b) Pemahaman mengenai kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjana pendapatan dan wang serta bagaimana ia digunakan.
Pemahaman ini merupakan asas kepada usaha ke arah mencapai
Kebebasan Kewangan. Bagaimana kita nak mengaplikasikan prinsip asas ini
dalam usaha untuk mencapai KEBEBASAN KEWANGAN atau FINANCIAL FREEDOM?
Begini caranya…Kita hendaklah ;
a) Belajar memahami Konsep perbelanjaan yang betul;
b) Mengenalpasti kita berada di mana dan pendapatan kita datang daripada mana;
c) Membuat keputusan sama ada kita hendak berada di mana dan pendapatan kita datang dari mana;
d) Membuat keputusan FINANCIAL FREEDOM untuk kita;
e) Menimba ilmu kewangan untuk menjadi CELIK Kewangan;
f) Bersedia dan sedar akan risiko dalam kita mencapai FINANCIAL FREEDOM; dan
g) Mendapatkan ilmu, kemahiran dan STRATEGI yang terbaik untuk berjaya mencapai FINANCIAL FREEDOM.
Bagaimana? Saya amat berharap apa yang saya kongsikan ini sedikit
sebanyak dapat membuka minda dan memberikan sedikit idea untuk para
pembaca memulakan langkah untuk Bebas Kewangan atau FINANCIAL FREEDOM.